Thursday, August 4, 2011

Tentang Puasa

Alhamdulillah kali ni entry di blog ni nak share pasal puasa.Apa sebenarnya puasa tu?Sayarat-syaratnya dan macam-macam lagi..Jadi kali ni meh kita ramai-ramai tambah ilmu tentang puasa ini.

Definisi Puasa :

1) Bahasa : Menahan diri.
2) Syarak : Menahan diri dari makan dan minum untuk suatu masa tertentu.

Dalil :

1) Al-Quran : "Pada bulan Ramadhan,diturunkan al-quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembezaan antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat anak bulan Ramadhan maka hendaklah berpuasa." (Surah Al-Baqarah2 : 185)

2) Hadis : "Diasaskan Islam atas lima dasar,iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan bahawa Muhammad s.a.w utusan ALLAH,mendirikan solat,membayar zakat,haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan." (Riwayat Al-Bukhari,Muslim,At-Tirmizi dll)

Jenis Puasa

Puasa Wajib
*Puasa pada bulan Ramadhan
*Puasa Kafarah
*Puasa Nazar
*Puasa ganti/qada


Puasa Sunat
*Puasa enam hari pada bulan Syawal
*Puasa pada hari Arafah pada 9 Zulhijjah
(bagi mereka yang tidak menunaikan haji)
*Puasa pada hari Asyura pada 10 Muharram
*Puasa pada hari Isnin dan Khamis
*Puasa pada 13,14 dan 15 hari bulan pada setiap bulan Islam Hijrah



Puasa Haram
*Puasa pada Hari Syak pada 30 Syaaban
*Puasa pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
*Puasa pada Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah
*Puasa pada Hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah
*Puasa perempuan haid dan nifas
*Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah,larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah,tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah,Namun bagi pandangan ahli Sunnah wal Jamaah juga haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan haji di Arafah.
*Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
*Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat keatas dirinya kerana berpuasa.
*Puasa untuk orang lain dan yang ghaibserta tidak diniatkan kepada ALLAH s.w.t


Puasa Makruh
*Puasa pada Hari Jumaat secara berasingan.
Contohnya tidak didahului oleh puasa pada Hari Khamis sebelumnya atau Sabtu selepasnya.
*Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernak dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15,16,17 syaaban dan seterusnya ingin berpuasa sunat.


Syarat Wajib Puasa
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal/Waras
4. Mampu/Tidak Uzur

Syarat Sah Puasa
1. Orang Islam
2. Baligh
3. Berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz
4. Suci daripada haid dan nifas
5. Dalam waktu yang diboelhkan berpuasa,iaitu bukan bulan haram puasa.

Rukun Puasa

Rukun puasa ada 2 iaitu :
1. Berniat pada malam harinya.
2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.


Sunat puasa
*Makan sahur dan melambatkannya
*Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis ataupun air
*Menjamu orang berbuka puasa
*memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.


Perkara Yang Membatalkan Puasa
*Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit,seperti memakan saki-bakimakanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi
*Muntah dengan sengaja
*Keluar darah haid dan nifas
*Gila (hilang akal) sepanjang hari
*Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari
*Merokok pada siang hari (termasuk menghisap ganja,dadah dan seumpamanya)
*Murtad (keluar dari agama Islam)
*Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangiatau penyegar mulut atau sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwhuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja.)
*Berniat untuk berbuka puasa (sebelum sampai waktunya) lalu dia berbuka.


Mereka Yang Diizinkan Berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
*Orang yang sakit
*Orang yang bekerja sebagai buruh
*Orang yang dalam musafir (perjalanan)
*Orang tua yang sudah lemah
*Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Nota Saya : Sumber dari Majalah Solusi isu 34.

Tuesday, August 2, 2011

Menu Berbuka....2.8.2011

Ni lah menu berbuka puasa saya untuk hari ni....Kuih Cara Berlauk,Seri Muka dan Popia Goreng.Air Teh 'O' Panas dan 3 biji Kurma.Cukup lah untuk berbuka hari ni.Kuih-kuih ni kawan ofis yang bagi.Rezeki bulan puasa.Alhamdulillah ada juga juadah berbuka.Saya ni sebenarnya nak sangat masak tapi sindrom malas melanda.Maklumlah dok sorang kan.Kalau masak saya sorang je yg makan.Ish...Buat abis tenaga je.Penat masak tapi yg makan saya sorang.Tapi tahun depan saya kena rajin memasak sebab dah ada org yg akan jadi juri pada setiap masakan saya.Sungguh,saya sangat teruja.Sebelum tu saya kenalah mantapkan skil masakan saya..Untuk sesiapa yg baca entry saya (ada ke?)tak kisahlah walau apapun juadah berbuka anda,semoga ianya memberi manfaat yg baik untuk anda di bulan Ramadhan ini..agak-agak lah makan tu ye.Yakut terlebih makan nanti datang penyakit lain pulak.(Pesanan untuk diri sendiri juga).SELAMAT BERBUKA PUASA...

Berbuka dan Tarawikh...

Alhamdulillah saya masih diberi peluang berbuka dengan hidangan yg sederhana tapi syukur,ada juga hidangan berbuka.Kalau nak dibandingkan dengan setengah org yg tiada kemampuan saya jauh lebih bertuah dari mereka.

Dahulukan berbuka dengan makan kurma.Kurma ni pemberian kawan ofis.Alhamdulillah rezeki bulan puasa ni.Semoga murah lah rezeki kawan yg bagi kurma ni.A-min.kalau makan 2 biji sehari,Cukup lah untuk stok sebulan.Ye ke makan 2 biji sehari?Jujurnya sekotak ni tak cukup untuk saya.Selain nasi kurma adalah makanan tambahan saya.

Ini pulakKerabu Sohoon yang saya beli kat Bazaar Ramadhan Kelana Jaya.Harga RM5.Rasa kerabu ni memang sedap..Rugi sape yang tak beli.Hajat hati esok nak beli lagi Kerabu Sohoon ni...Alhamdulillah 2 juadah ni lah hidangan berbuka saya..Cukup lah tu.Ni pun dah senak perut saya...Kalau lah ayah 'ziarah' blog saya dan baca entry ni mesti ayah kata "anak ayah makan ni je?"ha ha ha..takpe lah ayah sebelum puasa makan macam-macam bulan puasa kurangkan makan ye..(pesanan untuk diri sendiri)

Selepas berbuka dan solat maghrib,saya dan sahabat baik Cik Yah pegi Solat Tarawikh kat Surau Ar-Rahman.Hari ni hari pertama saya solat kat surau  ni.Semalam saya hanya Solat Tarawikh kat rumah.Jujurnya saya agak kurang selesa Solat Tarawikh kat surau time awal Ramadhan.Sebabnya org ramai dan sesak.Dan sementara nak tunggu solat tu...Hmmmmmmmmmm ramai yg ada kat surau bersembang kosong..Pening kepala dengar diaorg sembang.Rasa nak cakap je "dari korang sembang ngumpat org baik korang mengaji." Sebab tu saya suka pegi Tarawikh kat surau time pertengahan Ramadhan..Org tak ramai sangat dan senang je nak mengaji.Tak ada gangguan.

Saya dan Cik Yah.Dia ni sahabat baik saya.Org yg tak jemu dengar cerita-cerita saya.Jangan terkejut Cik Yah ni kecik molek tapi anak dah lima org.Kalau tanya Cik Yah petua nak jaga badan senang je jawapan dia..."cik zue apa lagi makan jamu.."he he he.Sejak kenal Cik Yah ni saya pun jadi penggemar jamu..(eh lari tajuk sket) suka hati saya lah blog saya.Suka hati saya lah nak cerita apa pun.

Nota Saya: Ni enrty utk hari pertama berpuasa.Esok ada ke entry untuk hari ke dua puasa?Hmmmm tengok lah ye kalau Cik Zuha ni rajin nak update blog..Apapun Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal...Semoga amalan kita diterima ALLAH..A-min...

Sunday, July 31, 2011

Kejutan Balas Dari Incik Tunang..

He he he hari sabtu lepas (30.07.11)saya menerima kejutan balas dari Incik Tunang.Jujurnya saya sangat terharu..Tak sangka pulak ada kejutan balas...

Ini lah dia kejutan dari Incik Tunang utk saya. Coklat yang ditempah dari YMY Online Gallery.Rupanya diaorg berpakat utk buat kejutan kat saya..Memang coklat kat sini sangat sedap.Dan pemilik YMY Online Gallery ni kawan saya.Rumah kitaorg pun dekat..

Selain dari coklat pemberian Incik Tunang,saya dapat juga 'se paper bag' hadiah.(Rosak bahasa). Macam-macam gak lah dalam paper bag ni...Coklat dan Bunga Ros hidup dari Famous Amos...sangat terharu bila dapat kejutan ni...

Yang ni pulak kad ucapan dari Incik Tunang....Mula-mula saya tak perasan kad ni ada bersama hadiah yg banyak-banyak tu..Tapi bila tengok betul-betul ada sesuatu yg 'terselit' dalam banyak-banyak hadiah.Bila buka je senyum lebar je saya. Dalam hati cakap "macam tahu-tahu je kita suka teddy bear"bila baca je kata-kata kat kad tu..wah!!! sebak dan terharu..terima kasih yg tak terhingga untuk Incik Tunang sebab bersusah bayah buat kejutan untuk saya..Sanggup bangun awal pagi redah hujan semata-mata nak surprise kan saya..Sungguh,saya sangat terharu.

Wednesday, July 27, 2011

Kejutan Untuk Incik Tunang

Jeng jeng jeng...Alhamdulillah surprise yang dirancang bersama pemilik Cha Chocolate & Cupcake ini berjaya juga dilaksanakan...Surprise untuk apa?Saja nak bagi kejutan untuk sidia..Paham sendiri lah ye..Apapun saya berpuas hati dengan hasil kerja tangan pemilik cupcake ini...ada sapa-sapa yg nak tempah atau buat kejutan untuk insan tersayang,boleh lah buat tempahan di sini.


Cupcake utk Incik Tunang
2 Ekor Teddy Bear utk Incik Tunang

Incik Tunang Dengan Cupcakes Bouquet

Nota Saya : Sebenarnya saya request nak bunga ros segar warna biru,tapi memandangkan warna biru yg saya nak tu susah nak dapat saya minta pada owner cupcake ni tukarkan warna biru ke warna pink...Harapnya Incik Tunang gembira dengan kejutan yg tak seberapa terkejut ni...

Ada sapa-sapa nak surprisekan saya?ha ha ha.......tunggu je lah ye cik zuha..:)

Saturday, July 23, 2011

Checklist Persiapan Kawin....

Checklist...checklist...checklist...Susah gak nak kawin ni ye..banyak yang nak kena buat....Alhamdulillah ada yang sudi bantu dan memberi pandangan.Macam entry di blog Incik Tunang lagi 111 hari menuju 'detik' bahagia...Banyak lagi yang perlu disettle kan...Apa dia?

*Kursus Kawin - Alhamdulillah dah selesai
*Beli hantaran untuk Incik Tunang - Sejadah,Quran,Kasut,Belt dan Wallet,Minyak Wangi,Penjagaan Diri Dashing,Kameja dan Seluar,Buku-buku Agama Telaga Biru Sdn Bhd..(Alhamdulillah barang-barang ni dah beli) ada beberapa barang lagi nak beli dan survey..
*Baju-baju kawin utk 3 majlis - yang ni pun dah selesai..Ahamdulillah :)
*Kasut untuk 3 majlis - Selesai dah tempah pun...syukur..
*Bakul,dulang dan gubahan hantaran- Selesai (harapnya tiada perubahan)
*make up utk 2 majlis - Selesai
*Lokasi majlis nikah dan kenduri - Selesai
*Penginapan keluarga pengantin lelaki -Selesai
*Katering - Selesai

Yang belum selesai pulak..:
*isi Borang Permohonan Nikah -11.8.11
*ujian HIV
*Beli barang hantaran dan cincin nikah utk Incik Tunang
*Cadar Pengantin
*Photographer
*List Jemputan
*Kad Kawin - design dah bagi pada pihak berkenaan
*Gift - masih bincang dengan ayah
*Honeymoon - he he he...dalam perancangan nak honeymoon kat mana...

Ada lagi?kena rujuk pada Incik Tunang..Maklumlah saya ni pelupa...Semoga apa yg dirancangkan dipermudahkan oleh ALLAH....

Friday, July 22, 2011

Persiapan Kawin.....Saya dan Dia 11.11.11

Dua tiga menjak ni entry di blog ini akan cerita pasal persiapan kawin je......Kawan-kawan ramai yg tanya... "ko sewa baju kat mana?butik apa?apa tema warna baju majlis kawin ko nanti?"wah macam-macam soalan tentang majlis kawin saya....Jawapan saya.."aku tak main lah sewa-sewa ni..Aku tempah je semua baju-baju majlis kawin aku nanti..Senang cerita..." Bukan riak ye..Saya malas nak sewa baju-baju kawin ni...Bila dikira balik,jujurnya saya rasa lebih baik saya tempah semua baju-baju tu dari saya sewa...Sekarang ni sewa baju kawin pada pandangan saya sangat mahal...mana taknya sewa untuk sepasang baju saja dalam RM800+++ kalau nak baju baju dengan design baru tambah lagi antara RM500 hingga RM1000...Wah juling mata bila dengar tokey butik tu cakap...Itu kos untuk satu majlis...Kalau untuk 2 3 majlis...?Tokey balak pun boleh bankrup...ha ha ha..Jadi saya dan Incik Tunang sepakat untuk tempah saja semua baju-baju kawin kami nanti...Alhamdulillah bab baju kawin kami dah selesai...

Bila bab baju-baju kawin dah selesai timbul pulak bab kasut...Hu hu hu..Pening jugak nak cari kasut-kasut yang sesuai.Puas saya cari merata kot ada kasut yg saya berkenan..Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak kat FB page Bridal Shoes yg memenuhi cita rasa saya..Design ok dan harga pun berpatutan. Sekarang ni saya hanya tunngu masa je untuk terima hasil tempahan kasut kawin saya.. Harap hasilnya memuaskan hati saya.. Kasut Incik Tunang pun dah selesai...Tapi tengok juga lah kot ada offer lagi kasut lelaki boleh gak tambah lagi sepasang untuk Incik Tunang kesayangan :)..

Apapun dalam merancang persiapan kawin ni, kena ada kata sepakat bersama. Baru yang dirancang akan berjalan dengan baik...Walaupun mungkin ada beberapa impian kita tak tercapai, tapi dengan kata sepakat bersama ianya akan memberi kepuasan untuk diri masing-masing... Untuk Incik Tunang,terima kasih yang tak terhingga..... Love You...Ahaks!!!!

Nota Saya: Entry ni tak ada gambar...nanti tak surprise pulak...Tunggu..............

List Jemputan Majlis Kawin.....

Alhamdulillah hari ini saya dapat melaluinya dengan rasa tenang walaupun saya agak penat hari ni...Sekarang ni saya tengah sibuk buat list utk jemputan majlis kawin saya nanti.Bila majlisnya?Nikah pada 11.11.11 (sempena tarikh lahir tunang saya)dan esoknya 12.11.11 majlis kenduri kawin pihak saya di Dewan Kastam Kelana Jaya..Insya ALLAH..Majlis kenduri sebelah keluarga lelaki akan berlangsung pada 11.12.11 di Alor Setar Kedah.Semoga apa yg dirancangkan di permudahkan oleh ALLAH S.W.T.

Nota Saya : Penat juga buat list ni...List utk kawan ofis dan warga penduduk Kompleks Kastam dah selesai..yang belum selesai list utk kawa-kawan luar dari Kastam ni...Kepada Incik Tunang jangan lupa utk jemput semua GENG KAMIE ke majlis sebelah pihak saya....Terima kasih.. :)

Wednesday, July 13, 2011

Ayah.....

Entry kali ni agak berbeza sikit dari entry saya sebelum ni....kali ni saya nak cerita pasal ayah saya...Jujurnya sebahagian besar kekuatan dalam diri saya datang dari ayah...Sebab tu saya selalu cakap dengan ayah "kalau ayah tak ada,hidup along lumpuh...along nak cari suami macam ayah.." itu yg selalu saya cakap pada ayah...Dan setiap kali saya cakap pada ayah mesti ayah akan tahan sebak...Saya tahu ayah sangat-sangat sayang pada saya..

Baru-baru ni majlis pertunangan saya,ayah bertungkus lumus buat persiapan utk saya...4 hari selepas balik umrah ayah berkejar sana sini beli barang utk majlis 'besar' saya..Sungguh saya sangat terharu...Ayah lupakan segala kepenatan semata-mata utk puaskan hati saya...Saya jadi sangat sebak...Dan sekarang saya menghitung hari utk bergelar seorg isteri...Ayah antara org yang paling gembira..Tapi dalam masa yg sama ayah sukar utk 'lepas'kan saya.....Pesan ayah "lepas ni tanggungjawab ayah dah selesai...along dah ada kehidupan baru..baiki diri kemaskan ibadah..Jadi isteri yg solehah..Jangan bebankan suami....Lepas ni ayah dah tak boleh campur segala urusan hidup along..Along kena pandai bawa diri..Ayah hanya boleh nasihat je..Segala keputusan ditangan along dan suami..Saya seakan hilang kata-kata bila dengar segala nasihat ayah" Segala pesan ayah,saya semat kemas-kemas dalam hati...

Ketika entry ini ditaip air mata saya laju menaglir...Emosi ke saya?biar apapun jawapannya...saya tak kisah kerana saya memang emosi bila cerita tentang ayah kesayangan saya...Dan selagi saya hidup saya akan terus pertahankan ayah saya.......

Insan Kesayangan Saya..Ayah dan Ummi

Sunday, July 10, 2011

Persiapan Puasa dan Kawin....

Lagi 3 minggu ramadhan akan menjelma....harapnya saya berkesempatan lagi untuk menyambut ramadhan kali ni....persiapan utk rmadhan?alhamdulillh...ada beberpa persiapan yg saya dah buat...pesan ayah...banyak kan buat persiapan rohani...rajin-rajin bangun malam..dan jangan lupa mengaji...insya ALLAH saya tak lupa semua pesan-pesan ayah tu...semoga ramadhan kali ni memberi keberkatan,keampunan dan juga ketenangan utk saya dan sidia...

itu cerita tentang puasa..ni pulak cerita tentang persiapan kawin...alhamdulillah sebahagian dari persiapan kawin dah dibuat...baju utk 3 majlis dah ditempah.hantaran pun sebahagian besar dah beli...cuma lagi 2 3 barang lagi masih perlu dibeli...lepas raya je nak kena settle apa yg patut...hu hu hu masa rasa cepat masa berlalu semoga ALLAH mudahkan segsla urusan kami....

p/s:tunggulah entry lepas ni...mungkin akan ada entry dan gambar persiapan majlis kawin...

Friday, July 1, 2011

ALLAH Lebih Tahu.....

Alhamdulillah dah hampir 2 minggu saya jadi tunangan org...apa rasanya?biasa je dan syukur saya dan sidia tidak diduga dengan degaan yg 'berat'..Semoga hubungan ini sentiasa dalam peliharaan ALLAH dan dijauhkan dari perkara-perkara buruk..A-min...

Jujurnya,kehidupan saya lebih tenang sekarang ni..saya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan saya..apa yang saya buat semuanya saya serah pada DIA YG MAHA ESA..DIA lebih tahu apa yg terbaik..Walaupun ada bebarapa perkara yg amat mengecewakan saya,saya amat-amat yakin ada hikmah yg terbaik disebaliknya...


Pesanan untuk diri saya,sidia dan sesiapa yg sudi baca entry di blog saya,apapun yang kita buat serahlah semuanya pada ALLAH.DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kehidupan kita.Percaya dan yakin pada DIA.DIA yang jadikan kita dengan sebaik-baik kejadian dan segala perjalan hidup kita adalah aturan yang terbaik dari DIA.Percayalah,dengan meletakkan seluruh kepercayaan pada ALLAH hati kita akan lebih tenang...


nota saya:Saya sayang ALLAH dan saya sangat-sangat yakin ALLAH sentiasa dengar cerita-cerita saya..

Wednesday, June 22, 2011

Majlis Pertunangan Nazuha Dan Shaizhar-Part 2

Entry ni khas untuk kawan-kawan tunang saya..Jujurnya saya sangat terharu dengan kehadiran diaorg ni...terutamanya bila nampak Sis Lin..tq sis susah payah datang dari JB naik bas pulak tu dengan anak teruna...
nilah Sis Lin peminat warna purple...Sis,boleh jadi kawan nih.. :)
Tunangku dan kawan-kawannya GENG KAMIE purple tu....
Kak Linda,Retna dan saya-sangat sweet.yang kanan sekali lagi sweet.perasan jap :)
Bergambar dengan GENG KAMIE dan adik sepupu yg kanan sekali
Hantaran dari saya untuk sidia

Hantaran dari sidia untuk saya
Bergambar dengan besday girl Retna
Gambar yang sangat cantik pada pandangan saya-purple colour
Incik tunang dan Abang Ross
Sidiaku Shaizhar Abu Bakar-alamak coklat berterabur daaa....



Gambar-gambar ni ambil dari FB Pn Marlin a.k.a Sis Lin dan En Azman a.k.a Kasawari terima kasih ye...terima kasih juga untuk semua GENG KAMIE yang sudi datang ke majlis pertunangan kami ber2...sungguh saya sangat terharu dapat berkenalan dengan kalian...

Tuesday, June 21, 2011

Majlis Pertunangan Nazuha Dan Shaizhar

Alhamdulillah 19.06.2011 berlangsungnya majlis pertunangan saya dan Shaizhar di rumah ayah saya...Rombongan pihak lelaki tiba lebih awal dari yang dirancangkan...he he he..tak kisah lah..awal lagi bagus....
kanan sekali tu ayah kesayangan,tengah tu pakcik dan yg hujung sekali kopiah putih bakal ayah mertua
Bakal kakak ipar-time sarung cincin
Cantik kan kitaorg... :)
Ada rasa sebak sikit time ni..
Dia dan saya-2 hati menjadi satu...
Sidiaku-Shaizhar Abu Bakar


Inilah gambar-gambar yg sempat saya upload...tunggulah entry selepas ni ye..persiapan perkahwinan kitaorg pulak..semoga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH...

Thursday, June 16, 2011

Ahli keluarga baru...."Nour"





ni lah ahli keluarga saya.anak pertama adik saya Nadirah Waharp dan suami Nor azri Jalel.untuk sementara ni kitaorg semua panggil baby ni dengan panggilan "Nour"....lahir melalui pembedahan pada 14.6.2011.Tahniah untuk angah dan azri..Nour,mummy tak sabar nak jumpa nour..

Wednesday, April 6, 2011

Muhammad Umar...

Ni lah ahli keluarga baru kami...anak sedara pertama saya Muhammad Umar b.Muhamad Iqbal..Anak pertama adik lelaki saya Iqbal Waharp dan isteri Nor Zarith Kamarozzaman.Tak sabar nak jumpa Umar lagi...Umar,cepat besar tau.Mummy nak bawa Umar jalan-jalan..Sekarang ni Umar kat Tanjung Malim kg umminya...huh...lama lagi lah mummy nak jumpa Umar..Rindunya....Bulan 6 ni adik perempuan saya dijangka bersalin..Bertambah lagi anak sedara saya..Alhamdulillah...Anak saya pulak?he he he......

Wednesday, March 30, 2011

Happy Besday Balqish,Zamani dan Koven....


Yang pakai tudung maroon tu 'mak' kitaorang
Yang cute ni pulak sahabat baik saya Balqish..org yang sanggup bersusah payah untuk saya
 
Yang ni pulak adik zamani yang suka menyakat saya kat ofis
Yang ni adik Koven yang paling rajin..rajin sangat tolong saya...

Hapi besday untuk adik-adik akak ye...semoga panjang umur,luas rezeki pastu rajin-rajin kerja tau...Balqish..thanks for everything you've done for me....banyak balqish tolong akak...sanggup dengar cerita-cerita akak..untuk zamani..ko suka sakat akak kan..tapi kalau tak ada ko akak tak ada kawan nak gaduh..huhuhu..selamat mengerjakan ibadah umrah (31.03.11) semoga dapat umrah yang mabrur..Jangan lupa doa utk ko dan 'sidia' tu sape ek???ehem..ehem..Koven,ko adik yang sangat rajin..rajin tolong akak buat kerja...ko dah ada GF?meh akak tolong carikan...ha ha ha

  Ni lah 'tulang belakang' saya selama saya berkhidmat kat Bahagian HR ni
sahabat dan adik yang sangat sporting....
Yang ni kak Shamsiah...kakak yang sporting dan sangat ceria...happy sangat kalau dia ada

Jujurnya kalau korang semua tak ada,hidup saya kosong.Sebabnya selain keluarga,korang lah 'tulang belakang' saya..ops!!incik "S" pun salah sorang 'tulang belakang' saya gak tapi sidia lebih sket lah..bukan 'tulang belakang' je tapi 'MATAHARI' sentiasa bersinar..ehem..ehem...jangan marah ye...

Wednesday, March 23, 2011

Syukur Alhamdulillah...

Saya selamat sampai ke bumi Malaysia pada hari sabtu 19.03.2011 jam 3.30ptg.Alhamdulillah sepanjang berada di bumi Madinah dan Makkah semuanya berjalan lancar.tak da masalah yang timbul.Cuma keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan...Peluang berada di Bumi penuh keberkatan,saya gunakan dengan sebaiknya..banyak yang saya doa sepanjang berada di sana..yang paling banyak saya doa jodoh saya dengan incik 'S'..semoga segala rancangan kami di mudahkan oleh ALLAH..ramai yang tanya saya siapa incik 'S'?jawapan saya...huhuhu siapa pun incik 'S' tu yang penting dia orang yang sangat baik..menerima saya seadanya..jujurnya saya bertuah dapat 'bersahabat' dengat dia...

Wednesday, February 16, 2011

'Manjanya' Bahasa....Belajar Beradap Ye....

Semalam cuti.saya ambil kesempatan untuk mengemas rumah.pastu mengemas baju-baju utk dibawa kesana nanti.Insya ALLAH lagi 2 minggu saya akan berangkat menuju ke Baitullah bersama emak dan adik lelaki saya.Ramai pulak yang kirim doa.Doa cepat dapat anak,doa dapat pegi umrah,doa paling banyak saya terima doa cepat dapat jodoh...hehehe...Insya ALLAH saya akan doakan kalian di sana.

Hm..sebut pasal jodoh ni kan adalah sorang manusia ni selalu sangat sibuk tentang jodoh saya..Mula-mula tu saya senyum jelah bila dia tanya tentang jodoh saya.tapi bila dia tanya dengan agak 'manjanya' saya agak terasa hati.."eh zuha ko ni bila nak kawen,adik-adik ko 2 org dah kawen ko ni mcm tu juga.Tu lah ko memilih sangat.Tak payah lah pilih-pilih asal cukup sifat ko kawen je lah..pegi umrah tu doa utk diri sendiri,jangan sibuk doakan utk orang je"...

Hohoho...cantiknya bahasa..saya pun jawablah dengan agak 'manja' dan 'berbahasa'.."jodoh ni memang kita kena pilih.ALLAH pun suruh kita pilih bukan main rembat aje.Setiap hari saya berdoa dikurniakan suami yang baik.Yang boleh bimbing saya jadi isteri yang baik.dan saya tak pernah berhenti berdoa sebab saya tahu ALLAH sentiasa mendengar doa-doa saya..tapi bila apa yang saya doa masih belum dimakbulkan oleh  ALLAH saya tak boleh buat apa.Sebab saya hanya manusia biasa yang tidak ada apa-apa kuasa untuk menentukan jodoh saya.Saya yakin ALLAH sedang merancang sesuatu yang baik untuk saya.Kalau keluarga saya boleh sabar menunggu jodoh saya,kenapa awak tak boleh sabar?Lagi lah awak ni tak ada kena mengena dengan saya.

Selama hidup saya ni pun bukan awak yang bagi makan kat saya.susah saya pun bukan awak peduli.Awak jaga lah hidup awak tu dengan baik.Jaga rumahtangga,suami dan anak-anak.Jangan sibuk sangat dengan jodoh orang rumahtangga sendiri terbarai."Jawapan saya buat dia terdiam.

Ha..ambik ko..Lain kali agak-agak sikit bila bercakap ye.Jangan main belasah je.Selama ni saya bersabar je dengan pertanyaan sinis dia.Saya berhak untuk kecik hati bila ada pertanyaan-pertanyaan yang lansung tidak memikirkan tentang perasaan saya.Pesanan saya untuk dia dan orang-orang yang sering 'sibuk' dengan jodoh saya,USAH DIRISAU JODOH ORANG,JAGA RUMAH TANGGA MASING-MASING AGAT TAK GOYANG,LAIN ORANG LAIN REZEKINYA,BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA..(kata-kata ni saya ambik dari blog seorang adik ni..tapi saya tak ingat blog dia)

Monday, February 14, 2011

Menghitung Hari.........Perjalanan Menuju Baitullah...

Saya menghitung hari utk menuju ke Baitullah...hati berdebar-debar.Yang pasti kegembiraan mengisi ruang hati.Alhamdulillah untuk kali yang ke 2 saya telah diberi keizinan oleh YANG MAHA ESA untuk menjadi tetamuNYA.Jika kali pertama dulu saya berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama ayah saya,kali ini saya berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah persama emak dan adik lelaki saya.Jujurnya saya rasa amat teruja tetapi dalam masa yang sama saya jadi takut dan risau.Takut dan risau jika saya tak mampu untuk berhadapan dengan situasi-situasi yang tidak diduga.Pengalaman kali pertama mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2008 meninggalkan banyak kenangan.Semuanya memerlukan kekuatan dan kesabaran untuk merubah sempadan diri.Semoga saya diberi kesabaran dan kekuatan dariNYA untuk melakukan ibadah umrah dan saya sentiasa berdoa agar kami dikurniakan umrah yang mabrur.
                  Antara gambar yang saya ambil ketika kali pertama mengerjakan Umrah

Tuesday, February 8, 2011

Yang Cantik Itu Saya......

Hehehehe...mesti orang kata saya ni perasan..apa pun tanggapan orang pada kenyataan saya itu saya tak kisah...kenapa saya berhak utk rasa diri saya cantik?sebabnya setiap ciptaan ALLAH utk hambaNYA semuanya cantik cuma kecantikan setiap insan itu berbeza-beza...Hargai apa yg ALLAH dah berikan pada kita itu dengan sebaik-baiknya....Semoga saya sentiasa menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur....