Monday, May 9, 2016

Rezeki....

sumber google
Rezeki ni banyak kategori.ada rezeki duit yg melimpah ruah,rezeki anak yg soleh,rezeki hidup bahagia,rezeki sihat.pokok pangkalnya semua itu rezeki...tapi kalau orang tanya saya dalam banyak-banyak rezeki tu rezeki apa yg saya pilih...saya pilih rezeki sihat..Ye kesihatan yang baik jadi pilihan saya.sebab apa?sebab bila badan sihat kita boleh berusaha untuk cari duit tambah pendapatan.dan yang paling penting bila kita sihat mudah lah kita untuk beribadah...

sumber google
Paling best sekali bila kita dapat semua rezeki yg kita nak.Rezeki sihat,kaya,bahagia,anak,lapang hidup dan macam-macam lagi rezeki.kalau lah semua rezeki yg kita nak tu Allah bagi.rasanya kita lah orang yang paling bahagia kat dunia ni.Tapi itu lah dalam hidup kita ni,tak semua yg kita nak tu kita akan dapat.Ada orang dikurniakan 8 dari 10 rezeki yang dia minta.ada orang hanya dikurniakan 2 dari 10 rezeki yang dia minta.Dan ada orang masih belum di kurniakan rezeki yg dia minta.malang ke kita jika rezeki yang kita minta pada Allah belum ditunaikan atau belum dikabulkan?Tidak...jangan sesekali kita rasa malang bila rezeki yg kita tunggu-tunggu yang kita minta-minta Allah belum kurniakan...DIA adalah sebaik-baik pemberi..

"Alah...cakap senanglah ko semua ada.duit ada.kerja ada.siap buat 2 kerja la.untung jadi ko ni.rezeki ada je" heheheehe itu apa yang anda lihat dengan mata kasar anda..Apa pun terima kasih kerana memandang saya dengan pandangan yg tinggi.Tapi di sebalik apa yg anda lihat sebenarnya saya masih satu rezeki ni..apa dia? haaa ini dia yg saya tunggu sejak saya berumahtangga hampir 5 tahun

sumber google
Tara...ini lah dia rezeki yang sangat saya dan suami tunggu...Gila ko kawen tak nak anak.super model dunia pun kawen dia nak anak tau.apa lagi saya yang memang tak super ni..Tapi itu la,tak semua yang kita nak Allah bagi..Apapun saya syukur sangat walau masih belum ada rezeki anak tapi Allah beri saya rezeki hidup berdua dengan suami..best apa hidup berdua ni..nak pergi mana senang je..Apapun rezeki kita bersyukur lah...sebab Allah tahu apa yg terbaik dalam hidup kita.Pesan Ayah saya "bila kita bersyukur Allah akan tambahkan rezeki dengan dengan pelbagai cara."

Apapun rezeki yang Allah beri pada kita percaya lah itu rezeki yang terbaik utk kita...Fikir yang baik-baik kita akan dapat yang baik-baik juga..Coretan ini adalah pesanan khusus untuk diri saya.Dan moga ianya memberi manfaat yang baik untuk sesiapa yang membacanya..

Salam ukhuwah untuk semua...

No comments: