Monday, May 9, 2016

Rezeki....

sumber google
Rezeki ni banyak kategori.ada rezeki duit yg melimpah ruah,rezeki anak yg soleh,rezeki hidup bahagia,rezeki sihat.pokok pangkalnya semua itu rezeki...tapi kalau orang tanya saya dalam banyak-banyak rezeki tu rezeki apa yg saya pilih...saya pilih rezeki sihat..Ye kesihatan yang baik jadi pilihan saya.sebab apa?sebab bila badan sihat kita boleh berusaha untuk cari duit tambah pendapatan.dan yang paling penting bila kita sihat mudah lah kita untuk beribadah...

sumber google
Paling best sekali bila kita dapat semua rezeki yg kita nak.Rezeki sihat,kaya,bahagia,anak,lapang hidup dan macam-macam lagi rezeki.kalau lah semua rezeki yg kita nak tu Allah bagi.rasanya kita lah orang yang paling bahagia kat dunia ni.Tapi itu lah dalam hidup kita ni,tak semua yg kita nak tu kita akan dapat.Ada orang dikurniakan 8 dari 10 rezeki yang dia minta.ada orang hanya dikurniakan 2 dari 10 rezeki yang dia minta.Dan ada orang masih belum di kurniakan rezeki yg dia minta.malang ke kita jika rezeki yang kita minta pada Allah belum ditunaikan atau belum dikabulkan?Tidak...jangan sesekali kita rasa malang bila rezeki yg kita tunggu-tunggu yang kita minta-minta Allah belum kurniakan...DIA adalah sebaik-baik pemberi..

"Alah...cakap senanglah ko semua ada.duit ada.kerja ada.siap buat 2 kerja la.untung jadi ko ni.rezeki ada je" heheheehe itu apa yang anda lihat dengan mata kasar anda..Apa pun terima kasih kerana memandang saya dengan pandangan yg tinggi.Tapi di sebalik apa yg anda lihat sebenarnya saya masih satu rezeki ni..apa dia? haaa ini dia yg saya tunggu sejak saya berumahtangga hampir 5 tahun

sumber google
Tara...ini lah dia rezeki yang sangat saya dan suami tunggu...Gila ko kawen tak nak anak.super model dunia pun kawen dia nak anak tau.apa lagi saya yang memang tak super ni..Tapi itu la,tak semua yang kita nak Allah bagi..Apapun saya syukur sangat walau masih belum ada rezeki anak tapi Allah beri saya rezeki hidup berdua dengan suami..best apa hidup berdua ni..nak pergi mana senang je..Apapun rezeki kita bersyukur lah...sebab Allah tahu apa yg terbaik dalam hidup kita.Pesan Ayah saya "bila kita bersyukur Allah akan tambahkan rezeki dengan dengan pelbagai cara."

Apapun rezeki yang Allah beri pada kita percaya lah itu rezeki yang terbaik utk kita...Fikir yang baik-baik kita akan dapat yang baik-baik juga..Coretan ini adalah pesanan khusus untuk diri saya.Dan moga ianya memberi manfaat yang baik untuk sesiapa yang membacanya..

Salam ukhuwah untuk semua...

Sunday, May 8, 2016

Alhamdulillah selesai sudah!

Alhamdulillah pada 6.5.16 adik saya Muhammad al-fateh telah dah jadi Suami pada nur zuhaira.hanya dengan sekali lafaz.dah jadi Suami adik saya tu.bertambah tanggungjawab.Kak long doakan Abg cik jadi Suami yg soleh.bimbing Isteri.Isteri tu amanah.kalau lalai nanti Abg cik berdosa.

Ehem...pengantin baru
Fateh dan ira
Berdebar-debar.dengar amanat dari tok kadi
Sebelum majlis.kita bergambar dulu.

Esoknya 7.5.16 majlis resepsi sebelah pengantin perempuan.alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.selesai majlis sebelah pihak perempuan.15.5.16 majlis disebelah pihak kami pulak.harapnya majlis di pihak kami pun berjalan dengan baik dan lancar.







Kejap je masa berlalu.rasa sekejap je tengok dia ni kecik.alih-alih dah jadi Suami org dah dia ni.ni adik saya yg suka senyum.org buat apa lah Kat dia.dia senyum aje.sampai saya panggil dia mat senyum.kalau saya marah dia saya yg menyesal.Kak long doakan Abg cik bahagia bersama Isteri dunia dan akhirat.Kak long sayangggg Abg cik.

*gambar majlis resepsi saya malas nak letak caption.korang agak2 sendiri la caption apa yg sepatutnya utk gambo tu.hihihi





Tuesday, May 3, 2016

Selamat berbuka puasa...


Alhamdulillah hari ni saya dan Suami berpuasa rejab.tekak saya dari semalam teringin nak makan sushi.mengidam ke?hahahaha mengidam mengada-ngada tu.Incik Suami yg baik hati pun bawa lah saya ke aeon mall shah alam yg baru buka tu.tak mahal pun sushi Kat sini.rasa sushi ni pun sedap.boleh la tekak saya terima.

Selamat berpuasa pada yg berpuasa.moga ibadah kita di terima boleh ALLAH.



Sungguh! Saya rimas...

Sungguh!!saya rimas dengan soalan ni. "Eh ko bila lagi nak ada nak sendiri.asyik usung Anak orang je"."ko tu tak payah nak rancang sangat lah ko bukan muda lagi kawin pun lambat esok dapat Anak,Anak kecik lagi ko laki Bini dah tua." Itu antara kata2 yg keluar dari Mulut longkang manusia yg kononnya sempurna...

Jujurnya la saya tak kisah org tanya pasal Anak Tapi Biar la berlapik.agak-agak lah nak tanya pun.bila kawin lambat orang tanya,"kenapa kawin lambat?"."memilih sangat ke?"bila dah kawin sibuk tanya Anak pulak."kenapa tak ada Anak lagi"."merangcang ke?macam-cam soalan yg buat hati saya bukan setakat sebal Tapi terluka dengan kata-kata yg meyakitkan hati.
Pesan saya untuk mereka-mereka yg agak "sempurna" kononya...doakan saya dikurniakan zuriat yg solehah satu hari nanti.tak usah lah sibuk sangat dengan kehidupan orang sampai hidup sendiri pun terbarai....dah Banyak berlaku depan Mata saya ni.sibuk dok canang hidup org hidup sendiri yg merana....

Masih teringang-ingang lagi kata-kata sorang akak ni..."orang tak tanya harta kita Banyak mana,orang tanya Anak kita ramai mana"...huh jujur lah masa dengar je ayat yg keluar dari Mulut akak tu saya sangat terguris sampai terlintas di hati saya,"ko tengok la esok Anak ko yg ko bangga kan sangat tu akan buat sesuatu yg memalukan kan ko sekeluarga." 
Sungguh apa yg terdetik di hati saya berlaku pada akak tu.moga kisah akak itu menjadi pengajaran terbaik untuk saya.jangan suka-suka nak kata orang.
Apapun moga kehidupan saya Suami Isteri lebih baik.moga kami bahagia walaupun belum dikurniakan zuriat.

Monday, May 2, 2016

41 Fakta Menarik Tentang Ayah....



                                             ayah dan salah sorang cucunya kak Eizzah


1. Ayah ingin anak-anaknya memiliki lebih banyak peluang daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesusahan,tidak bergantung pada sesiapapun,tapi selalu memerlukan kehadirannya.

2. Ayah membiarkan kamu menang dalam permainan ketika kamu masih kecil, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.

3. Ayah tidak ada di dalam album foto keluarga, kerana dia yang selalu memotret.

4. Ayah selalu tepati janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang kawan, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih disukainya.

5. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawan mereka.kerana dia sedar itu adalah akhir dari masa kecil mereka.

6. Ayah mulai merancang hidupmu ketika tahu bahwa ibumu telah hamil (mengandungmu).

7. Ayah membantu membuat impianmu menjadi kenyataan bahkan diapun meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah dia melepaskanmu.

8. Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi dia membantu kamu mencarinya.

9. Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata kawan-kawanmu dia nampak baik dan penyayang.

10. Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup.

11. Ayah benar-benar suka membantu seseorang.......tapi dia susah meminta bantuan.

12. Ketika ayah di dapur,memasak bagaikan penjelajahan ilmiah. Dia memiliki formula resipi tersendiri, dan hanya dia sendiri yang memahami bagaimana memasak menurut resipi sendirinya itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidaklah terlalu mengecewakan" ^_~.

13. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh sapu ketika masih muda, tapi dia boleh belajar dengan cepat.

14. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.
15. Ayah akan sangat suka membelikanmu makanan selepas dia pulang kerja, walaupun dia tidak dapat sedikit pun bagian dari makanan tersebut.

16. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya.

17. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya.

18. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi dia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya.

19. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri (berdikari), jadi dia tidak mahu memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.

20. Ayah percaya orang harus tepat waktu. kerana itu dia selalu lebih awal menunggumu.

21. Dia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar boleh memberikan apa yang kamu perlukan.

22. Dia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kamu ingin berbual dengannya.

23. Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran sekolahmu tiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.

24. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.

25. Ayah akan berkata,tanyakan saja pada ibumu" Ketika dia ingin berkata,"tidak".

26. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya tidur di rumah kawan tanpa seizinnya.

27. Dan dia pun hampir tidak pernah marah,kecuali ketika anak lelakinya tertangkap basah menghisap rokok dibilik mandi.

28. Ayah mengatakan,tidak apa-apa mengambil sedikit risiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan.

39. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik serupa seperti caranya.

30. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendi
31. Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah,kerana kalau dia sampai memelukmu,mungkin dia tidak akan pernah melepaskan pelukan darimu.

32. Ayah tidak suka menitiskan air mata......ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya,dia sangat gembira sampai-sampai keluar air dari matanya (ssst......tapi sekali lagi ini bukan menangis).

33. ketika kamu masih kecil,dia memelukmu untuk mengusir rasa takutmu.......ketika dikau bermimpi akan dibunuh monster.

34. tapi.......ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantauan tidak memberi kabar selama hampir satu bulan.

35. Ayah pernah berkata," kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi datang dan pesanlah langsung dari pandai besinya. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendaptkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya".

36. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan,"jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu".

37. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan," janganlah bersedih meskipun kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah kepada anak-anakmu kelak! lelaki yang boleh melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan kedudukan Ayah di hatimu".

38. Ayah bersikeras, bahwa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada sikap kamu dahulu.

39. Ayah boleh membuatmu percaya diri.......kerana dia percaya kepadamu.

40. Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.
41. Dan terpenting adalah.......Ayah tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana tuhannya.
Sayangilah ayah anda sementara ada diduniawi ini. Sedekah Alfatihah & doakanlah kesejahteraan mereka. InsyaAllah Allah akan kurniakan zuriat yang soleh kepada kita nanti. teladanilah sifat kebapaan baginda Rasullullah & Nabi Ibrahim.