Thursday, August 4, 2011

Tentang Puasa

Alhamdulillah kali ni entry di blog ni nak share pasal puasa.Apa sebenarnya puasa tu?Sayarat-syaratnya dan macam-macam lagi..Jadi kali ni meh kita ramai-ramai tambah ilmu tentang puasa ini.

Definisi Puasa :

1) Bahasa : Menahan diri.
2) Syarak : Menahan diri dari makan dan minum untuk suatu masa tertentu.

Dalil :

1) Al-Quran : "Pada bulan Ramadhan,diturunkan al-quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembezaan antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat anak bulan Ramadhan maka hendaklah berpuasa." (Surah Al-Baqarah2 : 185)

2) Hadis : "Diasaskan Islam atas lima dasar,iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan bahawa Muhammad s.a.w utusan ALLAH,mendirikan solat,membayar zakat,haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan." (Riwayat Al-Bukhari,Muslim,At-Tirmizi dll)

Jenis Puasa

Puasa Wajib
*Puasa pada bulan Ramadhan
*Puasa Kafarah
*Puasa Nazar
*Puasa ganti/qada


Puasa Sunat
*Puasa enam hari pada bulan Syawal
*Puasa pada hari Arafah pada 9 Zulhijjah
(bagi mereka yang tidak menunaikan haji)
*Puasa pada hari Asyura pada 10 Muharram
*Puasa pada hari Isnin dan Khamis
*Puasa pada 13,14 dan 15 hari bulan pada setiap bulan Islam Hijrah



Puasa Haram
*Puasa pada Hari Syak pada 30 Syaaban
*Puasa pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
*Puasa pada Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah
*Puasa pada Hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah
*Puasa perempuan haid dan nifas
*Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah,larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah,tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah,Namun bagi pandangan ahli Sunnah wal Jamaah juga haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan haji di Arafah.
*Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
*Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat keatas dirinya kerana berpuasa.
*Puasa untuk orang lain dan yang ghaibserta tidak diniatkan kepada ALLAH s.w.t


Puasa Makruh
*Puasa pada Hari Jumaat secara berasingan.
Contohnya tidak didahului oleh puasa pada Hari Khamis sebelumnya atau Sabtu selepasnya.
*Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernak dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15,16,17 syaaban dan seterusnya ingin berpuasa sunat.


Syarat Wajib Puasa
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal/Waras
4. Mampu/Tidak Uzur

Syarat Sah Puasa
1. Orang Islam
2. Baligh
3. Berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz
4. Suci daripada haid dan nifas
5. Dalam waktu yang diboelhkan berpuasa,iaitu bukan bulan haram puasa.

Rukun Puasa

Rukun puasa ada 2 iaitu :
1. Berniat pada malam harinya.
2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.


Sunat puasa
*Makan sahur dan melambatkannya
*Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis ataupun air
*Menjamu orang berbuka puasa
*memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.


Perkara Yang Membatalkan Puasa
*Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit,seperti memakan saki-bakimakanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi
*Muntah dengan sengaja
*Keluar darah haid dan nifas
*Gila (hilang akal) sepanjang hari
*Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari
*Merokok pada siang hari (termasuk menghisap ganja,dadah dan seumpamanya)
*Murtad (keluar dari agama Islam)
*Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangiatau penyegar mulut atau sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwhuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja.)
*Berniat untuk berbuka puasa (sebelum sampai waktunya) lalu dia berbuka.


Mereka Yang Diizinkan Berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
*Orang yang sakit
*Orang yang bekerja sebagai buruh
*Orang yang dalam musafir (perjalanan)
*Orang tua yang sudah lemah
*Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Nota Saya : Sumber dari Majalah Solusi isu 34.

Tuesday, August 2, 2011

Menu Berbuka....2.8.2011

Ni lah menu berbuka puasa saya untuk hari ni....Kuih Cara Berlauk,Seri Muka dan Popia Goreng.Air Teh 'O' Panas dan 3 biji Kurma.Cukup lah untuk berbuka hari ni.Kuih-kuih ni kawan ofis yang bagi.Rezeki bulan puasa.Alhamdulillah ada juga juadah berbuka.Saya ni sebenarnya nak sangat masak tapi sindrom malas melanda.Maklumlah dok sorang kan.Kalau masak saya sorang je yg makan.Ish...Buat abis tenaga je.Penat masak tapi yg makan saya sorang.Tapi tahun depan saya kena rajin memasak sebab dah ada org yg akan jadi juri pada setiap masakan saya.Sungguh,saya sangat teruja.Sebelum tu saya kenalah mantapkan skil masakan saya..Untuk sesiapa yg baca entry saya (ada ke?)tak kisahlah walau apapun juadah berbuka anda,semoga ianya memberi manfaat yg baik untuk anda di bulan Ramadhan ini..agak-agak lah makan tu ye.Yakut terlebih makan nanti datang penyakit lain pulak.(Pesanan untuk diri sendiri juga).SELAMAT BERBUKA PUASA...

Berbuka dan Tarawikh...

Alhamdulillah saya masih diberi peluang berbuka dengan hidangan yg sederhana tapi syukur,ada juga hidangan berbuka.Kalau nak dibandingkan dengan setengah org yg tiada kemampuan saya jauh lebih bertuah dari mereka.

Dahulukan berbuka dengan makan kurma.Kurma ni pemberian kawan ofis.Alhamdulillah rezeki bulan puasa ni.Semoga murah lah rezeki kawan yg bagi kurma ni.A-min.kalau makan 2 biji sehari,Cukup lah untuk stok sebulan.Ye ke makan 2 biji sehari?Jujurnya sekotak ni tak cukup untuk saya.Selain nasi kurma adalah makanan tambahan saya.

Ini pulakKerabu Sohoon yang saya beli kat Bazaar Ramadhan Kelana Jaya.Harga RM5.Rasa kerabu ni memang sedap..Rugi sape yang tak beli.Hajat hati esok nak beli lagi Kerabu Sohoon ni...Alhamdulillah 2 juadah ni lah hidangan berbuka saya..Cukup lah tu.Ni pun dah senak perut saya...Kalau lah ayah 'ziarah' blog saya dan baca entry ni mesti ayah kata "anak ayah makan ni je?"ha ha ha..takpe lah ayah sebelum puasa makan macam-macam bulan puasa kurangkan makan ye..(pesanan untuk diri sendiri)

Selepas berbuka dan solat maghrib,saya dan sahabat baik Cik Yah pegi Solat Tarawikh kat Surau Ar-Rahman.Hari ni hari pertama saya solat kat surau  ni.Semalam saya hanya Solat Tarawikh kat rumah.Jujurnya saya agak kurang selesa Solat Tarawikh kat surau time awal Ramadhan.Sebabnya org ramai dan sesak.Dan sementara nak tunggu solat tu...Hmmmmmmmmmm ramai yg ada kat surau bersembang kosong..Pening kepala dengar diaorg sembang.Rasa nak cakap je "dari korang sembang ngumpat org baik korang mengaji." Sebab tu saya suka pegi Tarawikh kat surau time pertengahan Ramadhan..Org tak ramai sangat dan senang je nak mengaji.Tak ada gangguan.

Saya dan Cik Yah.Dia ni sahabat baik saya.Org yg tak jemu dengar cerita-cerita saya.Jangan terkejut Cik Yah ni kecik molek tapi anak dah lima org.Kalau tanya Cik Yah petua nak jaga badan senang je jawapan dia..."cik zue apa lagi makan jamu.."he he he.Sejak kenal Cik Yah ni saya pun jadi penggemar jamu..(eh lari tajuk sket) suka hati saya lah blog saya.Suka hati saya lah nak cerita apa pun.

Nota Saya: Ni enrty utk hari pertama berpuasa.Esok ada ke entry untuk hari ke dua puasa?Hmmmm tengok lah ye kalau Cik Zuha ni rajin nak update blog..Apapun Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal...Semoga amalan kita diterima ALLAH..A-min...